Animasi merupakan salah satu perkara yang boleh menarik minat penonton untuk menon ton di Youtube. Lebih daripada beberapa juta tontonan yang dapat diraih daripada video animasi yang dihasilkan oleh mereka. Sebagai contohnya , Alan Becker merupakan pelukis animasi yang anda boleh lihat di Youtube. Terdapat antara daripada animasi yang dihasilkan telah mencecah 29 juta tontonan. Animasinya ada juga yang telah mencecah 123 juta tontonan. Jika tidak percaya anda boleh lihat sendiri di Channel Youtube di Alan Becker.
Pada kali ini saya ingin menerangkan kepada anda salah satu aplikasi yang boleh membantu anda untuk mencipta sendiri animasi anda. Aplikasi ini boleh anda lukis sendiri secara percuma di aplikasi FlipaClip yang boleh dimuat turun melalui App Store dan Google Play.
Tentu sukar bagi sesetengah orang untuk menggunakan aplikasi ini tanpa sebarang bantuan. Untuk permulaannya , anda perlu melukiskan mengikut susun atur bagi memudahkan anda untuk melukis.
Apabila anda klik pada fail baharu yang anda tambah , anda dapat melihat sendiri alatan yang diperlukan untuk melukis animasi anda.
1. Anda perlu merangka terlebih dahulu animasi yang anda ingin melukis terlebih dahulu agar anda tidak kehilangan idea semasa anda melukis dan kelihatan animasi anda lebih tersusun.
2. Anda perlu melukis terlebih dahulu latar belakang. Sebagai contonya , lantai yang akan dilukis agar animasi tidak kelihatan terapung.
3. Watak animasi perlu dirangka terlebih dahulu supaya bersesuaian dengan cerita yang anda reka.
Watak animasi hendaklah mudah dilukis kerana watak akan dilukis berulangkali. Sebagai contonya , anda melukis watak yang berbentuk bulat sahaja. Tetapi watak yang direka perlu kelihatan menarik dan mudah diingat.
4. Kemudian anda perlu mewarnakan objek yang anda lukis supaya lebih kelihatan menarik.
5. Hiasan dinding anda pula perlu bersesuaian dengan cerita yang anda reka supaya cerita anda lebih kelihatan logik. Sudah tentu anda tidak akan melihat angkasa lepas semasa anda berada didalam perut bumi.
6. Muzik dan bunyi. Merupakan satu elemen yang penting untuk memastikan animasi anda kelihatan lebih beremosi. Tanpa muzik dan bunyi , penonton kurang pasti situasi yang sedang watak animasi hadapi.
Semoga berjaya menghasilkan animasi anda.
Ulasan
Catat Ulasan